Skip to main content
Eng BM

Pengurus Kedai


Skop Kerja / Tugasan / Tanggungjawab

  • Memantau dan menguruskan rakan pasukan dengan memastikan perkembangan pembangunan diri dan rakan pasukan dicapai di samping mencapai objektif operasi.

  • Bertanggungjawab untuk mengekalkan kadar minimum kos kesuluruhan dengan baik dan mengawal kerosakan produk mengikut panduan oleh Jabatan Kewangan.

  • Melaksanakan dasar dan prosedur operasi kedai, termasuk pengendalian wang tunai, keselamatan kedai, dan keselamatan sesama rakan pasukan.

  • Menetapkan matlamat bagi pasukan, mengembangkan keupayaan organisasi, dan memodelkan kerja berpasukan.

  • Melaksanakan ROR (Return on Revenue) mengenai keselamatan makanan, SOP dan kualiti produk, dan risiko kesihatan dalam memastikan pematuhan kepada standard yang diperlukan.

Keperluan

  • Sentiasa fokus dengan memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan dan memenuhi kehendak pelanggan.

  • Mendengar dan berkomunikasi dengan baik sesama ahli pasukan dan juga merentasi semua fungsi dan peringkat.

  • Mempamerkan kepemimpinan dalam pengurusan pasukan.

  • Memiliki diploma dalam Pengurusan Hotel atau yang setaraf dengan pengalaman 2 tahun dalam pengurusan operasi di industri F&B atau perkhidmatan makanan.

  • Mempunyai kebolehan komunikasi yang baik dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu.